Saturday, October 27, 2012

TOM YAM IBU

Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
½ labu bawang besar
3 batang serai diketuk
1 batang sederi (potong serong)
½ pokok kobis bunga (potong ikut suka)
1 batang lobak merah (Potong ikut suka)
2 batang daun sup (potong dalam 2 inci)
sedikit daun ketumbar
enam biji asam limau kasturi
1 pati ayam maggi
daging ayam (ikut suka)
daging lembu (hiris nipis)
udang (ikut suka)
sotong (ikut suka)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
2 kiub tomyam knorr
5 tangkai cili padi (diketuk)
empat helai daun limau purut
Cara:
1. tumis bawang putih, bawang besar, serai dan batang daun sup sehingga naik bau
2.masukkan ayam dan daging - goreng sebentar
3. masukkan air dan pati ayam maggi dan kiub tom yam knorr
4. masukkan lobak merah, bunga kobis - tunggu sampai empuk
5. masukkan batang saderi - tunggu sekejap
6. masukkan sotong dan udang
7. masukkan daun limau purut
8. masukkan cili padi
9. masukkan garam dan serbuk perasa
10. sebelum dihidangkan perahkan asam limau 
Cadangan Hidangan:
1.sebab masukkan ayam dan daging dulu bagi menghilangkan hanyir
2. semasa menghidang boleh ditaburkan daun ketumbar -- kalau tak suka tak payah bubuh.
4. Tak payah guna cili boh atau cili giling nak buat kuah jadi pedas, guna kiub knorr lagi sedap. 
Tambahan:
1.sesuai dimakan dengan nasi atau begitu sahaja
2.kalau nak buat mihun tom yam cara sama cuma celur mihun dulu sebelum dicurahkan kuah tom yam.
-- SELAMAT MENCUBA --

No comments:

Post a Comment