Bahan-Bahan: | |
3 ulas bawang putih ½ labu bawang besar 3 batang serai diketuk 1 batang sederi (potong serong) ½ pokok kobis bunga (potong ikut suka) 1 batang lobak merah (Potong ikut suka) 2 batang daun sup (potong dalam 2 inci) sedikit daun ketumbar enam biji asam limau kasturi | 1 pati ayam maggi daging ayam (ikut suka) daging lembu (hiris nipis) udang (ikut suka) sotong (ikut suka) sedikit garam sedikit serbuk perasa 2 kiub tomyam knorr 5 tangkai cili padi (diketuk) empat helai daun limau purut |
Cara: | |
1. tumis bawang putih, bawang besar, serai dan batang daun sup sehingga naik bau 2.masukkan ayam dan daging - goreng sebentar 3. masukkan air dan pati ayam maggi dan kiub tom yam knorr 4. masukkan lobak merah, bunga kobis - tunggu sampai empuk 5. masukkan batang saderi - tunggu sekejap 6. masukkan sotong dan udang 7. masukkan daun limau purut 8. masukkan cili padi 9. masukkan garam dan serbuk perasa 10. sebelum dihidangkan perahkan asam limau | |
Cadangan Hidangan: | |
1.sebab masukkan ayam dan daging dulu bagi menghilangkan hanyir 2. semasa menghidang boleh ditaburkan daun ketumbar -- kalau tak suka tak payah bubuh. 4. Tak payah guna cili boh atau cili giling nak buat kuah jadi pedas, guna kiub knorr lagi sedap. | |
Tambahan: | |
1.sesuai dimakan dengan nasi atau begitu sahaja 2.kalau nak buat mihun tom yam cara sama cuma celur mihun dulu sebelum dicurahkan kuah tom yam. -- SELAMAT MENCUBA -- |
Saturday, October 27, 2012
TOM YAM IBU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment