Monday, March 21, 2011

puding kek gulung..yummy2

Puding Kek Gulung


(1) Bahan-bahan
1 paket agar-agar
1 atau 2 cawan susu HL
5 sudu gula (sekiranya ingin manis boleh ditambah)
5 cawan air
2 biji telur [dipukul]
2 camca besar tepung kastard - boleh digantikan dengan tepung jagung
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

(2) Cara Memasak
Rendam agar-agar selama setengah jam.
Potong kek gulung. Susun ke dalam bekas yang tahan panas.
Tekan sedikit kek gulung tadi di dalam bekas tersebut dan curahkan sedikit air buah-buahan koktail pada kek gulung tersebut supaya apabila dicurahkan agar-agar nanti,kek tersebut tidak terapung.
Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
Masukkan gula. Kacau hingga mendidih.
Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati.
masukkan esen vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat.
Curahkan agar-agar tadi ke dalam bekas tadi dan biarkan ia sejuk dan membeku.

(3) Hidangan : 8 orang

No comments:

Post a Comment